Pages

Sunday 12 August 2012

2Hari Pertama Masuk Sekolah [Sri Gombak 1] HD

kartun cikgu disiplin 2

kartun cikgu disiplin

Hari Pertama Masuk Sekolah [Sri Gombak 1] HD

GURU DI PEDALAMAN

Pendidikan Khas

             Pendidikan Khas merupakan salah satu medium pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan dalam aspek-aspek tertentu seperti fizikal, mental, sosial, intelek dan sebagainya. Untuk maklumat lebih lanjut, dapatkan pelbagai info-info berkaitan dengan Pendidikan Khas melalui Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Khas...

http://www.moe.gov.my/bpkhas/


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS 

Sekolah Pendidikan Khas

Sekolah yang dikhususkan bagi murid-murid berkeperluan khas bagi kategori Pendengaran dan Penglihatan sahaja. Sekolah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Program Integrasi Pendidikan Khas


Merupakan program yang dibuka di sekolah harian biasa yang mempunyai kelas pendidikan khas yang diubahsuai. Program yang ditawarkan merangkumi ketiga-tiga kategori iaitu, Penglihatan, Pendengaran dan Pembelajaran. Selain itu diwujudkan juga Program Disleksia dan Autisme di beberapa buah sekolah.


Program Inklusif


Merupakan program di mana murid-murid pendidikan khas yang berkelayakkan belajar bersama-sama murid-murid aliran perdana di kelas-kelas biasa, termasuk seolah-sekolah yang mempunyai program integrasi ataupun sekolah-sekolah yang tidak mempunyai program integrasi yang dibuka oleh JPWPKL.


Program Pemulihan Khas


Program ini diwujudkan bagi membantu murid-murid yang tidak mampu menguasai 3M ( Menulis, Mengira dan Membaca), ia dibuka di semua sekolah rendah di Kuala Lumpur.

http://www.upkkl.com/2011/04/program-program-pendidikan-khas.html


SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Takrif Sekolah Khas
sekolah
Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
  • Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
  • Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Di antara program yang ditawarkan ialah:
Prasekolah
kemas
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Pelajaran Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.
Pelajaran Menengah
aktiviti-luar
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
Berumur 13+ hingga 19+ tahun
disahkan oleh pengamal perubatan
dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional
i) Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
  • Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
  • Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
  • Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
  • Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
  • Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
  • Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah
Tempoh Pengajian
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia


Video


Kanak-kanak berkeperluan khas 



Cara-cara mengajar anak-anak istimewa memasak



Terapi muzik untuk kanak-kanak pendidikan khas




Permainan untuk kanak-kanak berkeperluan khas




ajar kanak-kanak pendidikan khas makan sendiri.



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews