Pendidikan Asas Kecemerlangan Pendidikan |
Sistem pendidikan merupakan satu lapangan penting. Melalui sistem pendidikan, minda generasi akan datang dapat dibentuk, dibina dan dicorakkan mengikut acuan yang telah ditetapkan.
Namun begitu,pendidikan di negara kita secara amnya mengalami banyak liku-liku perubahan. Bermula dengan pendidikan secara tidak formal sehinggalah kepada sistem pendidikan yang lebih terancang/formal. Perkembangan yang berlaku ini merupakan satu transformasi positif ke arah pendidikan yang lebih baik dan jauh ke depan. Berikutan itu, pelbagai akta-akta pendidikan diperkenalkan sebagai satu garis panduan perlaksanaan sistem pendidikan yang lebih teratur dengan menitikberatkan kepelbagaian kaum yang terdapat di negara kita. Antara akta pendidikan yang penting untuk kita selami ialah Akta Pendidikan 1996.
0 comments:
Post a Comment